Wow!! Kesusasteraan!!??

This piece is dedicated to En. Aminuddin my cikgu sastera who had a little faith in us before he lost it completely haha. Point is I only came to know of the joy of reading after experiencing the sastera books, because before that I wasn't into reading. So here i am trying to prove that I still have it and have not forgotten my sastera-ness. Oh and not forgetting Hafiz and YM for proofreading and for their valuable points...cheh macam dapat award kahkah. Anyways this is my first malay post..so yeah be nice haha.




Introduction
“Manusia buat jahat dengan orang selaunya, tanpa sedar. Tapi kalau ada manusia lain yang buat jahat dengan mereka, pasti akan disedari.”

Nasihat along aku itu masih terpahat dalam kepala otak aku. Aku tinggal di sebuah kampung. Sekitarnya lapang, kehijauan dengan pelbagai pokok-pokok dan tanaman yang diusahakan. Dan tidak lupa udara yang nyaman dan bersih. Tempat tinggal aku adalah di sebuah kampung yang tersorok.

Kesan dari peperangan dan perbalahan yang sering terjadi berpunca selalunya dari anasir-anasir luar yang kian lama berpanjangan. Hasil dari itu, pemimpin-pemimpin kampung dan kira-kira 10 lagi kampung-kampung jiran membuat keputusan yang sama untuk menjadikan tempat tinggal kami rahsia dari orang luar. Hal ini sudah terjadi sebelum aku lahir dan sudah berpuluh tahun lamanya.

Protagonist and Mom
Nama lahir aku, nama yang diberi kepada aku ialah Ahmad Abdullah. Anak bongsu kepada mak bapak aku. Aku anak yang ketiga, yang terakhir. Namun semenjak aku lahir, jarang sekali ada orang yang panggil aku dengan nama Ahmad mahupun Abdullah.

Oleh kerana aku adalah yang bongsu dan agak manja pada waku itu, ketika aku kecil bermula dari ibuku, dia asyik memanggil aku dengan panggilan sayang begitu juga dengan abang-abang serta saudara mara dekatku. Tapi apabila ketika mencari aku, teriak mereka seperti, “Ohh sayang, Oh sayang.” Lama-kelamaan panggilan aku itu telah melalui proses evolusi dan menjadi lebih pendek dan ringkas, Oyang. Semenjak itu aku dikenali sebagai Oyang. Semua orang yang aku kenali atau tidak kenali memanggil aku dengan gelaran Oyang.

Di waktu aku masih kecil, Ibuku suka megeluh mengatakan alangkah baiknya jika dia mempunyai anak perempuan. Untuk menceriakan hatinya, aku sering memakai pakaian ibu dan bedaknya. Abang-abang aku dan ibuku tergelak melihat gelagat dan muka aku yang putih seperti baru dicat.

Suatu hari ayahku pulang ke ruman dan ternampak perbuatan aku, dia berjalan terus ke arah aku dan terus melempang muka aku. Kesakitan yang aku rasai pada hari itu menyebabkan aku berhenti mengulangi perbuatan tersebut.

Pada zaman aku membesar permainan-permainan kami banyak berunsur kepada alam semula jadi. Waktu itu alat permainan tidak diperlukan, permainan kami adalah apa saja di kelliling kami. Yang penting, ada kawan-kawan. Dengan kawan-kawan semuanya jadi seronok.

Namun begitu bila aku bosan atau berseorangan, aktiviti yang dibuat ramai-ramai akan aku laksanakan seorangan seperti memanjat pokok-pokok tinggi besar di sekelliling kawasan luas kampung ku, bermain di sungai, memancing ikan, mengembara ke kampung-kampung lain dan kadang-kadang meneroka gua tetapi hanya dengan kehadiran abang-abang aku. Dan ketika musim pokok berbuah aku dan budak-budak kampung paling gembira. Ibu cakap, aku ni, ‘hyper active’ katanya maksud ‘hyper active’ adalah seperti seorang budak yang tak boleh duduk diam.

Aku mempunyai kesukaan lain jua, iatu untuk bercerita, Tetapi belum lagi pernah bercerita pada sesiapa lagi, mungkin kerana aku malu dan takut ditertawa. Bila aku latih sendirian, kelihatan seperti aku sedang bercakap dengan diri sendiri, ibu berkata, “tak elok dipandang orang. Orang-orang kampung ni mulut seperti tempayan. Di sini kurang hiburan jadi cerita-cerita macam ini jadi pengganti hiburan.” Aku tak berapa faham dengan apa yang dikatakan oleh ibu tapi aku iyakan aje.

Ibu tidak suka bila orang lain bercakap pasal aku. Aku mempunyai sebuah parut besar di mukaku dan sering menjadi buah mulut orang. Oleh itu ibuku pantang bila orang bercakap mengenai aku. Orang-orang lain pula memang tidak berani bercakap mengenai parut di muka aku jika keluargaku ada berdekatan. Dari aku mula pandai melihat diriku di cermin parut panjang di sebelah kira muka aku sudah ada. Aku sudah biasa dan tidak malu dengan parut tersebut. Cuma kadang-kadang kawan-kawan aku berkata parut itu adalah satu sumpahan.

Kebetulan pula, sedang aku mendengar ceramah ibu, Si Ipit lalu depan rumah aku dan seperti biasa dia kelihatan bercakap seorangan dan mukanya kelihatan letih seperti tidak tidur beberapa hari. Mak aku pun mula cakap, “Tengok si Ipit ni, ibu tak pernah kenal dengan dia, tapi ibu tahu dia gila isim akibat salah tuntut ilmu. Sekarang dah susah nak ubat, hanya boleh harap tok imam dapat pulihkan dia, guru dia sendiri pun tak dapat tolong.” ibu berhenti dan pandang aku, seperti mahu kepastian sama ada aku faham pesanan dia. Aku pun anggukkan kepala aku.

Berbalik kepada kelakuan aku yang dilihat oleh ibuku, iatu melatih bercakap seorangan di hadapan cermin. Agaknya dia kuathir orang ingat aku gila isim seperti si Ipit. Ibu senyum dan mengatakan bahawa aku boleh menceritakan cerita-cerita aku dalam bentuk penulisan. Dia bergegas ke bilik dia dan bawa keluar alat tulis dan sebuah buku yang tampak usang kekuningan. Dia mula berkata, “Mulai hari ni, Oyang kalau ada cerita, Oyang tulis dalam buku ni.” Dan mulai hari itu juga, apabila ada yang hendak aku cerita atau diluahkan aku akan menulis dalam kitab. Satu untuk diri aku dan satu aku beri untuk dibaca ibu. Bonda ku banyak mengajar aku dan memberi aku tunjuk ajar serta memberikan pendapatnya tentang hasil penulisan ku.

Dad and Tuk
Bercerita pasal ayahku pula, bila terbayang raut ayahku, tergambar dalam otak akan kegagahnya tapi bagi kami anak-anaknya dengan ketegasan dan kegaranganya. Dia berbadan sasa, tinggi dan anehnya seperti aku mempunyai parut yang sama di mukanya. Cuma parut ayah kecil sedikit dan gelap berbanding dengan aku. Matanya boleh seperti lautan yang tenang tapi boleh juga jadi tajam dan mengerikan. Walaupun tegas namun ayahku melayan ibuku dengan baik dan selalunya menurut kemauhan ibu. Itu membuat aku memandang tinggi dan hormat padanya.

Ibu pernah berkata yang ayah dulu pernah mengajar silat, tapi bila abang long lahir, dia berhenti mengajar. Agaknya dia dah malas dengan orang-orang yang suka datang mencabar dan bersaing dari luar mahupun dari kampong yang sama. Tetapi adik beradik kami dari kecil sudah mempunyai kelas-kelas ilmu persilatan dan pelbagai lagi ilmu mempertahankan diri. Setelah tamat dengan guru-guru lain, segala pemebelajaran kami di olah dan diajar semula oleh ayah.

Ayah juga mempunyai ramai sahabat-sahabatnya, kerana aku sering lihat orang-orang dari seluruh pelusuk datang melawatnya di rumah dan di masjid. Namun begitu dia paling rapat dengan Tuk Imam, sahabat karibnya semenjak kecil. Tok juga sama seperti bapak kami terkenal dengan seninya dalam dunia silat. Namun aku tidak pernah melihatnya bersilat... jadi mungkin itu hanya khabar angin. Apa yang pasti adalah di antara seluruh kampung-kampung berdekatan boleh dikatakan kekayaan ilmunya yang luas itu adalah bukan khabar angin. Tuk dan ayahku sentiasa sibuk melayan orang-orang dari luar yang datang berkunjung dengan niat dan hajat masing-masing.

Sejak dari kecil aku lihat mereka tidak pernah berpisah. Ia telah menjadi sesuatu yang diketauhi dan diterima oleh aku dan semua ahli keluarga kami dan juga keluarga Tuk Imam. Sehingga ini jika kami lihat kehadiran Tuk maksudnya ayah aku mesti ada berdekatan situ. Bekerja sebagai isyarat untuk kami pergi ke tempat lain.

Tuk Imam sentiasa serba putih dari pemakainya hingga ke janggutnye. Raut wajahnya sentiasa kelihatan tenang dan tersenyum. Tuk pernah bercakap pada aku sebelum ini, ayah aku keluar dari dunia ilmu pertahankan diri adalah kerana ramai orang-orang pelik, dengan ilmu-ilmu mereka yang pelik datang mencabar ayah aku dan selalu ayah aku mencederakan dan hampir membunuh lawanya kerana kuathir dengan pembawaan mereka. Agaknya dia ingin berpesan supaya jangan belajar benda-benda pelik. Tuk aku ni suka menyampaikan pesanan dengan cara itu yang sentiasa mengelirukan aku.

Adik-beradik kami semua menuntut denganya malahan sampai sekarang abang Long aku belajar denganya. Abang- abang aku walaupun sekarang sudah meningkat ke alam dewasa masih lagi belajar dengan Tuk.

Tuk kami lebih tua dari ayah dan walaupun sudah ditelan usia namun masih lagi bersemangat untuk terus mentelaah dan mengejar ilmu. Aku bukanya hendak memuji Tuk Imam aku ini lebih-lebih tetapi sehingga kini, tiada satu soalan pun yang gagal dijawabnya... sama ada berkenaan dengan agama ataupun berkenaan dengan mana-mana cabang. Pernah aku baca dalam sebuah kitab yang bercerita tentang Tok aku, di dalamnya tertulis, “Tok Imam Mansur atau Tok Alim mempunyai kekayaan ilmu yang seluas-luas lautan tetapi mempunyai hati seperti seorang pengemis yang sentiasa meminta dan mencari ilmu.” Aku berasa bangga kerana mempunyai guru yang hebat sepertinya.



Life
Dalam kehidupan seharian orang-orang kampung kamu, orang-orang disekelliling menghabiskan masa atau riwayat mereka dengan mengejar ilmu. Seperti yang pernah diucapkan ayah, “Kaum kita adalah kaum yang kehadapan, jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Perkara-perkara seperti wang atau material bukan dalam kumpulan masalah kami. Tidak pernah dan tidak akan menjadi masalah kepada kami.”

Berbalik kepada percakapan tadi, walaupun orang-orang di sekitar aku menggunakan masa dengan cekap dan tekun namun begitu jika aku perlu pilih seorang manusia yang menggunakn seluruh hidupnya untuk mengejar ilmu, berani aku mengatakan bahawa Tuk aku adalah calon pilihanku. Dia suka mengatakan kepada aku yang itu adalah tanggugjawab yang diletakkan di atas bahunya. Oleh itu beliau hanya boleh teruskan dengan cara hidupnya.

Pernah sekali Tuk aku bertengkar dengan ayah and danya sekali sahaja di waktu hidup aku, aku lihat ayah dan tuk tidak bercakap, kisahnya ada kena mengena dengan angah aku; Ada banyak benda yang ayah aku tidak gemar antaranya atau yang paling utamanya adalah sikap kurang ajar, dia selalu berpesan kepada kami untuk menghormati orang-orang yang lebih tua.

Pada satu masa, bila abang Ngahku sedang mengaji dengan Tuk, angah meluahkan yang dia sudah penat dan ingin tamatkan pengajianya untuk hari itu. Tuk aku ini memang manjakan angah, sampai sekarang aku rasa abang Ngah aku lebih rapat dengan Tuk berbanding ayah aku sendiri. Kebetulan pula ayahku terdengar apa yang abang Ngah aku luahkan kepada Tuk, ayah terus ke arah abang Ngah aku dan melempang mukanya. Abang Ngah aku terbaring di atas lantai kayu, pengsan akibat penangan ayah.

Tuk aku tidak bersua dengan ayah aku untuk masa lebih dari seminggu kerana marah dengan sikapnya. Peliknya angah aku dibawanya pergi denganya, ayah aku hanya berdiam, mungkin kerana rasa bersalah atau kerana terlalu mementingkan persahabatanya. Dan itulah satu-satunya masa aku melihat mereka tidak bersama-sama.

Setelah perisitwa itu, adalah dipersetujui oleh Tuk Imam dan ayah, sebarang masalah anak-anak ayah akan diuruskan oleh Tuk Imam dan segala masalah disiplin anak-anak Tuk Imam akan menjadi tanggungjawab ayahku. Kami semua gembira mendengar khabar itu, kerana Tuk Imam terkenal dengan percakapnya yang panjang lebar dan mengelirukan tetapi ayah aku pula kurang terkenal dengan percakapanya.

Anak-anak Tuk Imam semuanya perempuan, oleh itu walaupun ia menjadi tanggungjawab ayah, tetapi yang sebenarnya menjaga anak-anak Tuk adalah ibu aku yang cukup gembira dengan apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Mungkin Tuk Imam sudah tahu mengenai pekara ini sebelum membuat keputusanya.

Kehidupan kami serta kampung-kampung yang seangkatan dengan kami hanya menekankan kepada beberapa pekara, iatu: ilmu agama, ilmu secara umum dan ilmu persilatan. Setiap hari kami ditekankan untuk belajar subjek-subjek tersebut tidak kira sama ada yang tua atau muda. Kata Tuk, semangat untuk terus belajar dapat dimasukkan dalam kehidupannya dan orang sepertinya adalah melalui mengenali diri sendiri dan menyedari tujuan hidup, serta rasa rendah diri.

Tuk juga selalu berpesan kepadaku, “Orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawal nafsunya dan kemarahanya.”

Punca & Akibat
Baru-baru ini, aku telah terlibat dalam satu masalah. Ada beberapa budak dari kampung jiran datang berkunjung dan ketika terserempak dengan aku, salah seorang dari mereka berkata yang dia ingin mencabar aku. Mula-mula aku agak terperanjat tapi aku berpendapat bahawa yang aku tidak mempunyai sebarang pilihan lain. Aku pun bersetuju dan dalam hati aku, aku mengatakan yang sudah lama aku ingin menguji diri aku sendiri dan mengetauhi tahap kehandalan aku. Walaupun aku sering berlatih dengan orang-orang kampung dan abang-abang ku. Ini bukan latihan tapi situasi yang sebenar aku katakan pada diriku.

Bermula dengan seorang, diikuti dengan yang lain. Dengan mudah aku dapat pertahankan diriku dari segala jenis serangan yang diarahkan kepada aku. Namun demikian, aku lupa nasihat tuk dan guru-guru aku yang lain, iatu dalam berlawan sesama saudara tidak boleh mencederakan pihak lawan dengan teruk. Dan seperti yang dijangkan aku telah mencedarakan lawan-lawan aku dengan agak parah.

Sekarang aku sekarang berdiri di tengah ruang tamu rumah Tuk, dia duduk di atas kerusinya. Dia memandang aku dan memanggil aku supaya berdiri lebih dekat denganya. Semasa berjalan aku tersedar yang isteri tuk yang juga seperti ibu kedua aku berada di tepi pintu dapur sedang mengintai aku, apabila melihat aku sedar akan kehadiranya, dia pun tersenyum, melambai ke arah aku. Aku tidak berani untuk senyum kembali dan terus berdiri memandang ke bawah di menghadap tuk.

Dia mula bercakap, “Oyang kau harus sedar bahawa di dalam dunia ini tiada siapa yang dapat menandingi kekuatan kaum kita dan kehandalan jiran-jiran kita. Dan di dalam seluruh kampung-kampung ini, tiada siapa yang dapat menewaskan ahli keluarga kamu. Itu adalah berkat, anugerah keluarga kau. Jadi kau harus sedar yang tanggungjawab kau lebih besar daripada orang lain.” Walaupun aku memang sedar akan hal itu tapi aku tidak pernah tahu yang kami adalah golongan yang terkuat. Baru sekarang aku sedar yang khabar angin mengenai ayahku tidak pernah ditewas selama ini adalah benar dan soalan aku terjawab mengenai mengapa abang-abang aku juga tidak pernah tewas di tangan pihak yang datang mencabar.

Tuk aku menyambung, “Tuk terdengar yang abang-abang serta guru-guru budak-budak yang kau belasah tadi akan datang untuk mencabar kau. Dengan mengalahkan anak-anak murid mereka kau juga telah mencabar mereka. Tetapi ayah kau telah menyuruh abang-abang kau selesaikan masalah itu. Malam ini, mereka akan cuba untuk membalas apa yang kau telah lakukan pada mereka.” Aku mula resah setelah mendengar apa yan dikatakan. Setelah menyedari yang muka aku nampak gelisah, dia Cuma tergelak kecil dan mengatakan, “jangan risau, seperti kau juga tiada siapa di bumi ini bukan sahaja tidak dapat mengalahkan malah tidak mampu untuk mencederakan abang-abang kau. Biarlah orang-orang itu rasakan sendiri, kerana mereka telah diberi amaran.”

Mak Bedah keluar membawa air bersama dengan Tiqah anaknya yang bongsu. Aku hanya memandang ke lantai bila ternampak mereka. Tuk Imam pun mula bersuara, Bedah oi, kau ingat aku panggil budak ni untuk ajak dia minum-minum ke? Bawak balik benda-benda tu. Tinggalkan secawanteh untuk aku.” Mak Bedah, meletakkan cawan itu di atas meja kecil yang bersebelahan dengan Tuk aku. Dia bergegas kembali, tetapi sempat untuk senyum dan mengusut rambut aku. Tuk hanya buat seakan-akan tak nampak.

Revelation
Tuk memandang aku dengan raut muka yang serious dan berkata “Tuk rasa dah sampai masanya Tuk bagi tahu kau rahsia ini. Seperti semua kehidupan di dunia ini kaum kita juga adalah hamba dan mempunyai fungsinya yang sendiri. Akan sampai masanya nanti, di mana seluruh kaum kita akan bergerak ke dunia luar. Dan bila masa itu tiba, tujuan kita ialah untuk menyelamatkan yang baik dan menghapuskan yang jahat serta seangkatanya.” Dia berhenti melihat reaksi aku dan menyambung, “orang-orang di luar itu bukan macam kita, bilangannya luas tapi hidup hanya sementara. Kekuatan dan anugerah kaum kita akan direalisasikan pada ketika itu. Pada masa ini juga ramai diantara kita berada di serata pelusuk dunia mengajar dan menyebarkan ilmu kepada orang-orang tertentu.” Dia berhenti dan menyambung semula, “ingat ilmu yang diperolehi adalah ilmu yang harus dikongsi.”

Selepas solat maghrib, aku dengan Tuk pun berjalan ke arah gelanggan besar kampung kami. Kelihatan sudah ramai orang yang berada di situ. Semakin hampir aku dengan gelanggang yang luas itu aku dapat melihat kedua abang aku di dalam bersama dengan beberapa orang lain termasuk budak-budak yang aku cederakan itu.

Abang-abang aku tersenyum melihat aku dan muka aku yang ketakutan. Tuk membawa aku bersamanya untuk duduk di luar gelanggang, ayah aku kelihatan sudahpun ada di tempat duduk di depan. Pada mulanya dia tidak bersetuju untuk berlawan tapi setelah di desak dan untuk memuaskan hati pencabar-pencabarnya dia bersetuju untuk mereka mencabar anak-anaknya.

Aku lihat beberapa gergasi yang tinggi dalam 20 kaki dan beberapa mahkluk yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Ada juga yang terapung di udara. Terdapat dalam 20 orang di dalam gelanggan itu termasuk dengan abang-abang aku. Sejurus sahaja gong berbunyi menandakan yang perlawanan sudah bermula, kesemua pencabar pun mula berlari menuju ke arah abang-abangku.

Abang Long, aku membongkok ke bawah dan mengambil segenggam tanah dari gelanggan itu dan merenjis tanah itu dengan pantas ke arah musuh-musuhnya. Tanah-tanah halus itu berubah menjadi batu-batu kasar yang besar dan meluru ke arah penyerang-penyerangya. Batu-batu tersebut berubah berdasarkan saiz orang-orang yang menyerang. Tapi ada juga yang terlepas dari batu-batu tersebut.

Angah pula cuma menepukkan kedua tanganya, tepukkanya mengeluarkan bunyi yang sangat kuat seakan-ekan seperti guruh. Tepukan itu menyebabkan semua pencabar-pencabarnya itu berhenti di atas tanah gelanggang dan tidak bergerak. Hanya seorang sahaja yang setelah beberapa waktu bangun kembali dan meluru ke arah abang-abang aku. Tuk berkata kepada aku yang itu adalah ketua mereka, guru mereka.

Abang Long aku berpusing ke arah aku, dan menjerit, “Oyang!” dan mengisyaratkan dengan tanganya untuk aku masuk ke gelanggang. Tuk Imam hanya tersenyum, ayahku pun tersenyum melihat gelagat Tuk Imam. Aku masuk ke gelanggang dan berdiri bersama abang-abang aku. Pencabar yang terakhir itu berkata, “apakah ini budak yang menewaskan anak-anak murid aku?” Abang-abang aku tersenyum kecil melihat aku mengangguk kepada soalan tersebut. Dia berkata, “sedia!” dan terus menerpa ke arah aku.

Kedua abangku berundur kebelakang setelah melihat gelagat guru dari kampung jiran itu. Ini adalah perlawanan pertama aku di gelanggan ini, aku masih rasa kekok dan gementar. Aku nampak tumbukanya sampai ke muka aku, bila tumbukanya terkena sedikit pada kulit muka aku, badan aku bergerak sendiri, mengilis ke tepi dan segerak menumbuknya di bahagian perut. Guru itu terpelanting jauh ke belakang, aku pusing melihat abang-abang aku memandan aku. Aku perasan ayah telah mula berdiri dan wajahnya kelihatan agak berang. Dia jalan menuju ke arah ku, diikuti Tuk Imam dan abang-abang aku. Setelah sampai dihadapan aku, dia berkata kepada aku, “Yang, sekarang kau dah tahu akan apa yang kau mampu, jangan gunakan kekuatan kau ke jalan yang tidak betul.” Aku mengangguk faham.

Dengan itu, ayahku berjalan ke hadapan sedikit dan menghentakkan kakinya ke bumi, batu-batu gergasi yang kasar itu pulih ke bentuk asalnya dan semua orang di situ pun mulai bebas bergerak kembali.

Setelah itu, tamatlah perlawanan pada malam itu. Aku melihat anak-anak Tuk bersama dengan Mak Bedah dan ibuku sedang menunggu aku. Bila aku tiba disana, aku disambut dengan senyuman. Sesudah membersihkan diri dan makan malam, kami semua pulang dan berehat.

Pelbagai lagi peristiwa-peristiwa lain telah terjadi dan banyak pengalaman telah aku timba. Orang-orang kampung serta jiran-jiran kami, menjalankan kehidupan seperti biasa... menghambakan diri dan berlatih menunggu hari yang yang telah dijanjikan.











9 comments:

Anonymous said...

hrmm, i was expecting a little bit more of kesusasteraan... u know, the use of words that i x pernah dengar...but for a 1st entry, ok lah kot... i liked the ending ;)
but me being me, seeing some of the salah ejaan bugged me...huhu

Adwina said...

75/100 = B+

well done shah!

Anonymous said...

hahhaa..quite memeningkan dengan ur sastera..or salah gue kah tak belajar sastera??tak dapat menghabiskan sampai abis..will continue later on..

p/s:rsnya u nye BM lg better than me..walaupun i ni melayu tulen..kahkahakahakah..*peace*

Vagabond said...

Woah...okay cikgu2 bahasa melayu :P
I know u guys are angry because i put u through that seemingly never ending entry hehe...

Zen: no there's nothing wrong with ur Bahasa...just mine huhu

Thanks for reading and for not expressing ur real thoughts haha

MollyCoddle said...

wow i didnt understand a single word of that.

[thats what you wanted to hear wasn't it haha]

GurL-FriDay said...

it took me 20 minutes to read and understand the whole thing! haha. panjang nya! if i were the one writing an entry this long, i'd be crapping by the third paragraph. huhu. but all in all, good job! =)

Vagabond said...

Molly: good answer! if u said that u understood it i'd be surprised. It'll be like expecting a mat salleh to speak urde hahaha merepek. I sure do hope that u read em all despite the fact tht u didnt understand a word...yea? :p


Liyana: glad that u finished reading and understanding it :)... took me longer to write this one too...took me the longest amount of time compared to the rest hehe. Thnks for reading :)

Vagabond said...

crap...typo, *urdu haha

bowtacks14 said...

Bro.. Hafiz mana ni kau refer? tetiber mcm bangga plak kau refer aku.. But on a second thought..knowing you.. IT CAN'T BE ME! Haha..