Apakah pernah kita sedari sebelum
ini? Seiring dengan jutaan manusia lain kita berlari2 dan berekejaran di atas
jalan raya pada waktu-waktu yang ditentukan oleh koperasi-koperasi yang
bertuhankan diri sendiri didokong naik oleh pangkat kemuliaan yang
dianugerahkan oleh manusia-manusia ‘mulia’ yang lain. Setiap pagi dan setiap
petang kita pergi dan kembali. Tidak bahagia jauh sekali sejahtera. Namun
disebalik setiap hati kecil, ia impikan suatu kebahagiaan yang ia merasa
kehilanganya. Justeru itu, mampukah ketenangan dikecapi dengan routine seharian
dan melalui mengecapi kebendaan?
Hamba-hamba sesama kita pula telah
mengkalsifikasi sesama mereka. Mereka hanya bersekongkol dengan orang-orang
yang setaraf dengan status mereka di sisi komuniti dan masyarakat yang
berpandukan fahaman barat yang menilai orang dari aspek luaran.
Mereka ini adalah orang-orang kebanyakkan yang
sudah sebati dengan kehidupan dunia seperti mana kambing biri-biri yang dikawal
dan diherdik oleh seorang pengembala yang mengawal hala-tuju mereka. Setiap
pagi ia keluar dan setiap petang ia dibawa kembali semula ke kandang-kandang
yang mana, ada yang kembali ke kandang yang mewah dan ada yang pulang ke
kandang yang disewa. Pengembalanya barangkali boleh jadi hutang-hutang di bank
atau keinginan terhadap kekayaan yang tinggi atau yang bertujuan lebih mulia
seperti menyara kehidupan etc.
Walaubagaimanapun, tidak jauh di
sudut hati setiap hamba ada terdapat suatu kesan kehilangan; kerana sepanjang
hidup ini fokus dan konsentrasi hanya diberikan kepada keperluan dan
kesejahteraan jasad. Walhal kita adalah suatu makhluk yang berkerohanian.
Apabila kecendurungan diberi lebih kepada yang fizikal maka rohani/kebatinan
menjadi lemah dan ketenteraman menjadi suatu yang mustahil dikecapi.
Penyakit minda yang diwarisi.
Permasalahan dengan orang-orang
tua yang telah deprogram oleh pemikiran barat, ditambah dengan otak yang di ‘brainwash’
hari-hari oleh rancangan-rancangan di TV. Projek pembodohan ini telah
mencetuskan pemikiran seseorang itu cendurung kepada kebahagian-kebahagian yang
cetek. Apabila orang tua telah berjaya dimanipulasikan, maka anak-anak mereka
telah pun dengan mudah dimanipulasi. Jika diperhati inilah keadaan yang sedang
dialami oleh masyarakat.
Memang benar, kita boleh mendapat
kebahagiaan dari harta-harta di dalam pangkuan kita. Namun itu hanyalah
sementara, bahkan mungkin hanya berpanjangan selama beberapa hari sahaja. Seperti
satu ilusi yang memberi keseronokan sekelip mata. Sesudah itu mereka beralih
mengejar ilusi yang lain.
Ironisnya, seakan jenaka buruk
yang mencucuk hati, orang-orang miskin juga bercita-cita untuk menjadi
orang-orang kaya yang menzalimi mereka. Kononya mereka akan dihormati dan
disanjung. Ingatlah, jika benar sekali pon mereka dihormati, mereka hanya
dihormati selama mana mereke mempunyai kuasa. Mereka tidak dihormati kerana
akhlak atau karektor yang baik. Mana ada orang-orang kenamaan ini yang fahami
akan erti ikhlas atau merendah diri?
Semua orang ingin kaya dunia,
tetapi berapa ramai yang mempunyai keinginan untuk mengkayakan dalamanya?
Sekiranya seseorang individu itu kaya dengan kerohanian maka dia telah mengenali
dirinya dan keinginan-keinginan yang cetek seperti ingin membuktikan diri dan menunjuk-nunjuk
kepada masyarakat tidak akan timbul.
Bila agaknya anak-anak muda akan
mulai impikan untuk memartabatkan dan memberi kepentingan untuk memperkayakan
kerohanian mereka dan bukan nama mereka? Sekiranya itu berlaku, isu-isu seperti
hasad dan sifat mementingkan diri sendiri akan berkurangan dan masyarakat akan
menjadi lebih makmur dan positif. Walaupun hanya angan-angan, namun ia memberi
gambaran yang menarik.
Terdapat seorang nelayan yang
mana setelah selesai kerjanya pada waktu pagi, sudah menjadi kebiasaanya untuk
berbaring di bawah sebuah pokok yang besar dan rendang. Oleh kerana tabiatnya
itu, kelakuanyai telah diperhatikan oleh seorang hartawan yang masyhur yang
tinggal di kawasan itu. Suatu hari, kebetulan hartawan itu lalu di tempat
berehat si nelayan. Bila sampai di hadapan nelayan yang sedang lena, hartawan
itu berhenti dan dengan jelik bertanya, “Wahai manusia, mengapa kamu membuang
masa kamu dengan berehat walhal kamu boleh berjaya seperti aku, jika kamu
berusaha?” Si nelayan itu bertanya kembali, “Wahai hartawan, mengapakah kamu
berusaha dan mengorbankan masa kamu sepanjang hayat walhal kamu sudah pun
kaya?” Hartawan itu menjawab, “Supaya bila aku sudah cukup kaya maka bolehla
aku bahagia dan berehat sepuas hati aku pada bila-bila masa.” Nelayan itu
kemudian menjawab, “Jika begitu, aku sudah pun kecapi apa yang kau inginkan,
kerana aku bahagia dengan apa yang aku ada dan selalu berehat sepuas hati ku. ”
0 comments:
Post a Comment